Tuesday, March 22, 2011

TEMPAHAN PUDING HANTARAN


KEK KAHWIN 2 TINGKAT



Order datngnya dari fizah sempena majlis perkahwinannya. SELAMAT BERBAHAGIA FIZAH N AZMAN hingga akhir hayat..amin...

kek kahwin 3 tingkat






Al kisahnya kek ni..oder telah diambil awal dari kak bib kerja huolon nilai untuk ank buahnya. Tapi tak sangka saya terbersalin awal. Maka adik2ku yang sedang bercuti ku kerah tenaga untuk menolong siapkan tempahan. Alhamdulillah..selamat semuanya. Harap kak bib puas hati dengan hasil dari zeemabakery ni.

BARBIE CAKE



Kek di order dari EN OSMAN untuk hari lahir anaknya.

Friday, March 18, 2011

KETIKA MENYERTAI PERTANDINGAN MEMASAK DI KEM BELIA & SUKAN
















Kita berentry lagi...kali ni zeema's post kan gambar masa masuk pertandingan memasak. satu group ada 5 orang. Seingatnya group ni terdiri daripada zeema's, Pn Salbiah, Pn Normaidah, Cik Hana Kimi,Cik Wanie dan sorang lagi Chinese boy (Cikgu sekolah ni) from Rantau..

Group kami ni dinamakan kumpulan IBU DAN ANAK sebab campuran antara muda mudi, pertengahan dan dewasa. Dah macam ubat batuk punya jenama pulak kan..cap ibu dan anak. Kumpulan ni happy go lucky ditambah lak dengan gelagat ibu-ibu yang time tu rasa cam muda..(jangan marah)...

Masa ni zeema's tengah pregnant 8 bulan kalau tak silap. So..kalau kerja yang berat-berat tu, ramai lah yang tolong mengoferkan diri menolong. Itu yang buat lagi semangat nak memasak tu..
jom kita layan gambar2 lain lak...

Sunday, March 13, 2011

INDULGENCE CAKE





Order dari liza Sepang. Harga RM 50.00 untuk 1kg.
Ramai yang telefon saya bertanyakan tentang rasa kek ini samada sama atau tidak dengan Secret Recepi. Untuk pengetahuan semua, Sec Recepi menggunakan sponge cake , tetapi zeema's bakery menggunakan chocolate moist sebagai layer. Anda boleh buat pilihan sendiri dan saya akan tunaikannya. Tetapi harga tetap sama walau apa pilihan anda. Citarasa masing-masing sukar diduga. Mengikut sifu saya apabila diajukan soalan ini..beliau mengatakan kek yang ini lebih sedap dari Sec Recepi selepas dibuat penilaian.

sekian...maklumbalas anda dialu-alukan....

CHEESECAKE



Pelbagai cheesecake boleh didapati dari zeema's bakery. Cubalah dan rasalah sendiri keenakannya..
cuba sekali pasti akan cari lagi. Cheesecake boleh didapati dengan harga RM75.00 sekilo. Manakala RM40.00 untuk 1/2kg..