Friday, October 7, 2011

PENGUMUMAN

Assalamualaikum...

lama tak ber entry...saya nak buat satu pengumuman yang saya sendiri tak tergamak nak umumkan. Tapi apakan daya terpaksa juga saya buat keputusan. Mulai hari ini saya tidak mengambil sebarang tempahan sehingga saya bersalin bulan November 2011. Ini kerana keadaan kesihatan anak-anak yang tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini. Hospital menjadi rumah kedua kami sekeluarga kebelakangan ini. Anak sulung yang mengidap athma...ank no 2 dan no 3 demam + selsema + batuk tak henti2...ank yang no 4 pula di serang muntah2 + cirit-birit + demam + selsema + batuk. Saya pula sedang sarat mengandung dan menghitung hari untuk deliver. Walaupun begitu, minat yang membara dengan dunia baking..apabila semua keadaan telah pulih macam sedia kala...saya akan terima tempahan semula.
Cuma dalam keadaan sekarang, anak2 lebih memerlukan saya..saya akan beritahu perkembangan dari masa ke semasa...Insya Allah....semoga saya sekeluarga tabah hadapi dugaan ini....

Sunday, September 25, 2011

SYUKUR

Dah 3 minggu berturut-turut menerima tempahan yang tak menang tangan. Alhamdulillah rezeki untuk anak-anak bertambah. Terima kasih pada yang terus memberi sokongan. Semoga Allah dapat membalas segala jasa anda. Tempahan Red Velvet makin bertambah. Rasanya yang lemak tetapi kurang manis membuatkan Red Velvet makin diminati ramai. Harganya yang mungkin mahal adalah disebabkan penggunaan cheese yang banyak. Untuk satu adunan penggunaan cheese hampir mencecah RM40.00, itu baru cheese belum lagi butter dan lain2..

Monday, September 12, 2011

KEK KAHWIN UNTUK MARZIHAN DI TAMAN TUANKU JAAFAR












Order datangnya dari Marzihan Md Sani yang tinggal di taman tuanku jaafar, Senawang yang mahukan gabungan carrot cake, chocolate moist cake dan juga cupcake. Bertemakan warna merah dan putih. Semoga marzihan berpuas hati. SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMOGA KEKAL ABADI HINGGA KE AKHIR HAYAT..Amin...

CHOCOLATE INDULGENCE CAKE








Kek yang di order oleh kawan encik husband sempena birthday anknya..

KEK BANTAL @ MINI CAKE BAR








Kek mini yang tak menang tangan dibuatnya apabila menjelang raya...yang dua di bawah adalah carrot cake with cheese topping dan yang atas sekali tu chocolate moist cake with topping. Jika berminat sila telefon pada bila2 masa..

CARROT CAKE LAGI...







CARROT CAKE YANG YUMMY..YUMMY...

Sangat ramai permintaan kek ini sejak akhir-akhir ini. Campuran walnut, carrot dan cream cheese lagi membuatkan kek ini bertambah sedap lemak berkrim. Sekali rasa pasti nak lagi....tak percaya silalah cuba..

BALANG KUIH RAYA UNTUK TEMPAHAN










JENG...JENG...JENG....

Produk baru pulak...balang kuih raya ataupun sesuai untuk dibuat hamper. Zeema Bakery sedia menerima tempahan mengikut citarasa anda seperti pilihan warna, design dan hiasan kesukaan anda. Kami juga menerima tempahan untuk bekas kuih raya dan kuihnya sekali mengikut budget anda.

PUDING HANTARAN KAWAN SALWANA



















Puding hantaran yang di order oleh Salwana untuk majlis pertunangannya di Muar, Johor. Alhamdulillah dapat juga siapkan walaupun Salwana telefon untuk order last-last minit.
Terima kasih lah banyak-banyak kepada salwana menunggu dengan penuh sabar hingga puding disipakna. Sepatutnya Salwana nak ambik hari sabtu malam...tapi sebab x sempat nak siapkan awal..maka salwana ambik pagi ahad dan terus ke Muar pagi tu. TQ sekali lagi kerana memahami..

Saturday, March 26, 2011

PENGUMUMAN

Assalamualaikum wbt...

Disebabkan saya selalu busy di dapur dan selalu tidak berkesempatan nak kejar telefon bila berdering, maka dengan ikhlasnya saya mohon kerjasama sila sms bila call tidak berjawab. Saya akan call semula apabila anda tinggalkan sms untuk saya. Sekian terima kasih.

PUDING CENDOL




Semalam memulun siapkan puding cendol tempahan dari Kak ina seremban 2. Puding ni nak di bawak ke Melaka sepupu kak ina bertunang. Kak ina order 5 loyang..

Tuesday, March 22, 2011

KEK COKLAT



ORDER DARI KAK MISAH UNTUK JAMUAN OFIS...

KEK HANTARAN TEMA PURPLE



Kek hantaran tema purple ni ordernya sama dengan puding tadi..terima kasih pn yati..lain kali order lagi yer..

PUDING HANTARAN LAGI



Order dari regular customer jugak ni...pn yati untuk hantaran adiknya..

KEK HANTARAN TUNANG




Kek hantaran tunang untuk adik ipar tersayang. Tema hijau...

KEK COKLAT



Kek sempena birthday anakku untuk dibawa ke sekolahnya. Yang kelakarnya...kotak kek kat rumah dah habis stock..letak jer kek tu dalam dulang jer. buat 2 biji sebab kawan-kawan ramai..selamat semuanya...sedap...

KEK BIRTHDAY THAQIF



Order dari jiran setaman..En Din..sempena birthday anaknya..

KEK BIRTHDAY LAGI




kek birthday dari Pn Fazura untuk anak kembarnya berusia 1 tahun..semoga ceria-ceria selalu yer..

kek coklat banana

CARROT CAKE WITH CREAM CHEESE



Inilah kek yang banyak sekali permintaan..rasanya yang lemak dan ditambah kenikmatan cheese lagi menyerikan selera anda..

TIRAMISU

KEK STRAWBERRY

KEK BLUEBERRY EMPAT SEGI



Inilah rupanya kalau derhaka dengan cikgu. Lain yang cikgu ajar, lain yang anak murid buat. Ya ampun Chef...saya buat jadi 4 segi..tak buat bulat.. permintaan pelanggan..turutkan ajer..

KEK BIRTHDAY SIMPLE


KEK BIRTHDAY



KEK BIRTHDAY ANAK BUAH TERSAYANG...FADHIL...

KEK COKLAT




Kek coklat tempahan dari regular customer Pn. Effa.

KEK STRAWBERRY COKLAT

CUPCAKE UNTUK QAYYUM




Nak ke Hospital KPJ melawat qayyum (kawan sekolah anak), tapi x tau nak bawa apa...so..yang ada kat rumah cuma cupcake kosong. Sempatlah decorate sikit2. Tapi boleh lah tahan hasilnya bila dah diikat reben.

KEK COKLAT ULTRAMAN