Sunday, March 13, 2011

CHEESECAKE



Pelbagai cheesecake boleh didapati dari zeema's bakery. Cubalah dan rasalah sendiri keenakannya..
cuba sekali pasti akan cari lagi. Cheesecake boleh didapati dengan harga RM75.00 sekilo. Manakala RM40.00 untuk 1/2kg..

BLACKFOREST CAKE



Adunan rasa antara chocolate moist dan pitched cherry, diselaputi pula dengan fresh cream yang menyegarkan tekak..pasti membuat anda rasa teruja. Sesuai untuk sebarang majlis harijadi dan sebagainya...

HOMEMADE CHOCOLATE FROM ZEEMA'S BAKERY











Ini adalah sebahagian daripada hasil homemade coklat yang dihasilkan oleh zeemabakery. Untuk sebarang tempahan silalah hubungi zemabakery 012-6375031. Tempahan boleh mengikut budget dan citarasa anda. Ucapan juga boleh dibuat seperti HAPPY BIRTHDAY dan sebagainya mengikut kesesuaian dan kehendak anda.Terdapat banyak lagi sample coklat yang ada di zeema bakery.Coklat ini juga disertakan dengan inti di dalam dan jika suka dan jika di atas permintaan..inti kekacang seperti badam, walnut, kacang tanah, hazelnut dan lain2 juga terdapat di sini.

HARGA MINIMA SEBAHAGIAN DARIPADA HOMEMADE CHOCOLATE DI ZEEMA'S BAKERY:

PLAIN CHOCOLATE LOLLY = RM 1.00
COLOUR CHOCOLATE LOLLY = RM 2.00
EDIBLE IMAGE CHOCOLATE OREO = RM 2.00
PLAIN CHOCOLATE OREO = RM 1.50
SMALL PLAIN CHOCOLATE = RM 0.60

**Ini adalah sebahagian sahaja harga yang diberikan. Sila telefon atau sms untuk mendapatkan quotation sebenar.


Jika anda berada jauh, pihak kami ada menyediakan perkhidmatan pos yang mana kos pos ditanggung oleh pembeli.Perkhidmatan pos ke Sabah dan Sarawak juga disediakan. InsyaAllah coklat ini akan sampai ke tangan anda dengan selamat tanpa pecah.

Monday, November 1, 2010

CUPCAKE SIMPLE



lama sangat tak udpate blog ni. Bulan Ramadhan hari tu sibuk siapkan tempahan kuih raya sampaikan tak sempat nak jenguk blog. Ini tempahan terbaru dari seorang kawan untuk birthday anakandanya. Deco yang simple menggunakan buttercream icing.

Tuesday, August 3, 2010

KEK TIRAMISU STRAWBERRY



Order dari sepupu Cik Inda dari Puchong..

Tuesday, July 27, 2010

RESEPI BISKUT RAYA

STRAWBERRY CHOCOLATE FANTACY
A:

60 gm cornflakes (hancurkan sedikit)
40 gm black currant
40 gm almond stripe (panggang pada suhu 160 darjah sehingga garing)

B: 200 gm cooking chocolate -cairkan

C: Strawberry chips (untuk hiasan)


Cara:
1. Campurkan A dan masukkan B. Masukkan ke dalam paper cup dan hias dengan strawberry chips.
2. Biarkan beku sebentar (20 hingga 30 minit) – tak perlu letak dalam peti sejuk.

SWEET ISABELLA

A (Base)

65 gm butter
60 gm tepung superfine/cap rose
40 gm tepung jagung
20 gm serbuk icecream
20 gm gula aising

B: (topping)
85 gm butter
75 gm tepung superfine/cap rose
45 gm tepung jagung
30 gm gula aising

Pewarna pink+1 sudu teh strawberry paste

Pewarna unggu/campuran merah dan biru

Hiasan:
Gula-gula manik

Cara
1. Campur dan gaul A sampai jadi doh. Canai nipis dengan acuan bulat
2. Campur B. Bahagian kepada dua. Satu dengan pewarna pink & strawberry paste dan satu lagi warna unggu.
3. Masukkan kedua-dua warna ke dalam piping beg beracuan bunga dan paip atas adunan A yang telah diterap tadi. Hias dengan gula-gula manik.

4. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 30 minit.

Wednesday, July 14, 2010

BUNGA..



Bunga penyeri hidup...